Semakan FLYSiswa Bantuan Subsidi RM300 untuk Pelajar Universiti Awam

Saturday, October 21, 2023



FLYSiswa subsidi RM300 khas untuk pelajar IPTA

RM300 SUBSIDI TIKET KAPAL TERBANG TERBUKA KHAS UNTUK PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) YANG DISEDIAKAN OLEH KEMENTERIAN PENGANGKUTAN AWAM



ISI KANDUNGAN


Klik untuk pergi ke mana-mana seksyen di bawah



PENGENALAN


Kementerian Pengangkutan Malaysia telah memperkenalkan inisiatif FLYSiswa bagi membantu pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Inisiatif ini dapat membantu pelajar yang menetap jauh daripada tempat institusi pengajian yang terpaksa menggunakan kaedah penerbangan untuk sampai ke universiti masing-masing dan seterusnya terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membeli tiket kapal terbang tersebut. Oleh yang sedemikian, subsidi berupa RM300 telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan kos bebanan pelajar-pelajar ini. Dengan menggunakan integrasi daripada syarikat penerbangan, inisiatif ini telah pun berjaya dilancarkan semenjak Ogos 2023 lagi dan akan dilancarkan sepanjang tahun sehingga Disember 2023.

Berikutan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, subsidi FLYSiswa ini akan terus disambung sehingga tahun 2024. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia yang telah berjaya mengambil langkah untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan melalui inisiatif ini.


JUMLAH BANTUAN


Jumlah bantuan subsidi yang telah diperkenankan oleh kerajaan untuk program ini adalah sebanyak RM16.8 juta dan akan membantu seramai hampir 60,000 pelajar IPTA seluruh Malaysia. 

TERMA DAN SYARAT


a. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di institusi awam pada tahun 2023 (masih berdaftar dengan institusi awam sehingga 30 Jun 2023) dalam kategori berikut;
i. berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
ii. berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
iii. berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
iv. berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
v. berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.

a. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
b. Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan. 

BAUCAR YANG BERBAKI


Baki baucar yang masih ada boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya. 
Contoh pembelian tiket FLYSiswa yang berbaki



Menurut Malaysia Airlines melalui aplikasi X, pembelian tiket boleh di buat maximum 3 kali apabila baucar mempunyai baki.

pembelian tiket FLYSiswa boleh di buat maximum 3 kali apabila baucar mempunyai baki






PENERBANGAN SAMBUNGAN (CONNECTING FLIGHTS)


Pelajar boleh membeli tiket penerbangan untuk penerbangan sambungan sekiranya dibuat dalam satu tempahan yang sama. 

Contoh
Pelajar yang menuntut di sebuah institusi awam di Kuala Lumpur boleh membeli tiket penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Marudi melalui Miri dalam satu tempahan yang sama (nombor tempahan atau passenger name record PNR yang sama.  





SEMAKAN


Semakan kelayakan boleh dibuat dengan memasukkan Nombor MyKad dan dengan memilih nama institusi pengajian di pautan ini





TARIKH SEMAKAN KELAYAKAN


Semakan boleh di lakukan dari Ogos 2023 sehingga Disember 2023.


TARIKH PENEBUSAN DAN PEMBELIAN TIKET


Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. 

Penting


1. Pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan SELEPAS tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
2. Pelajar digesa untuk memohon baucar tersebut dengan awal kerana permohonan boleh memakan masa sehingga beberapa minggu. Ini adalah untuk mengurangkan risiko harga tiket penerbangan berlaku penaikan harga dalam waktu proses kelulusan dibuat. 


PAUTAN SYARIKAT PENERBANGAN YANG DITAWARKAN


- MAS Malaysia Airlines / MASwing / Firefly

    Link





- Air Asia

    Link
AirAsia FLYSiswa banner





- Batik Air

    Link



ISU MYAIRLINE


Susulan pengumuman oleh MYAirline untuk menghentikan operasinya buat sementara waktu mulai 12 Oktober 2023:
1. pelajar yang belum memohon bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan boleh berbuat demikian dengan memohon baucar daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan lain iaitu Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia dan Batik Air;
2. bagi pelajar yang telah menerima baucar daripada MYAirline dan telah membeli tiket penerbangan untuk penerbangan sebelum 12 Oktober 2023, Kementerian Pengangkutan akan menyelaras semula maklumat syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar dalam sistem bagi membolehkan pelajar memohon baucar daripada syarikat penerbangan lain;
3. bagi pelajar yang telah menerima baucar daripada MYAirline namun belum membeli tiket penerbangan, Kementerian Pengangkutan akan menyelaras semula maklumat syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar dalam sistem bagi membolehkan pelajar memohon baucar daripada syarikat penerbangan lain; dan
4. bagi pelajar yang telah memohon namun belum menerima baucar daripada MYAirline, Kementerian Pengangkutan akan menyelaras semula maklumat syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar dalam sistem bagi membolehkan pelajar memohon baucar daripada syarikat penerbangan lain.

Perkara 2 hingga 4 akan dilaksanakan secepat mungkin setelah maklumat pelajar yang terlibat dikemukakan oleh MYAirline kepada Kementerian Pengangkutan.



RAYUAN


Untuk permohonan yang tidak berjaya dan permohonan daripada pelajar yang didapati tidak layak, rayuan dan semakan boleh dibuat kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui institusi masing-masing dengan menghubungi pegawai-pegawai yang dilampirkan di dalam pautan ini. 
https://subsidiudara.mot.gov.my/image/pic.pdf 


RUJUKAN


Kementerian Pengangkutan Malaysia
Bernama
eCentral






Enliven my blog with your comments :)