Cara Kira BMI (Kalkulator BMI online)

Tuesday, March 5, 2024

Kalkulator BMI

Isi kandungan

Klik untuk terus ke seksyen.


Kalkulator BMI
Apakah maksud BMI?
Kesesuaian penggunaan BMI
Formula cara kira BMI secara manual
Kategori BMI
Skala (Graf) BMI
Adakah BMI tepat untuk mengukur tahap kesihatan?


Apakah Maksud BMI


Apa itu BMI? Kepanjangan BMI ialah 'Body Mass Index' ataupun dalam Bahasa Melayu BMI bermaksud 'index jisim badan'


BMI adalah cara mengukur sama ada ukuran berat badan seseorang sesuai dengan ketinggiannya. Nombor BMI akan menunjukkan sama ada badan berada dalam kategori kurang berat, normal, berat, obes atau obes teruk


Lagi tinggi keputusan BMI, menunjukkan lagi berat badan seseorang. Ini biasanya digunakan untuk meramal sama ada seseorang itu berisiko untuk terkena kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung, angin ahmar (stroke), tekanan darah tinggi dan lain-lain, kerana secara amnya, lagi tinggi nombor bmi, lagi tinggi risiko terhadap penyakit-penyakit tersebut.


Kesesuaian Penggunaan BMI


Penggunaan dan pengiraan BMI seharusnya digunakan hanya untuk lelaki dan wanita dewasa yang berumur antara 18 hingga 64 tahun
Ia tidak sesuai digunakan oleh golongan berikut;
- Ibu mengandung,
- kanak-kanak,
- bayi.

Ad 
Shopee Fuyogi Yoga Mat


Formula Cara Mengira BMI Secara Manual


Formula BMI adalah dengan membahagikan berat (dalam kilogram) dengan hasil kuasa 2 tinggi manusia (dalam meter).

 
Contoh pengiraan;

 
Berat badan: 55 Kilogram,
Tinggi badan: 1.6 Meter,
BMI = 50 ÷ (1.6 x 1.6)
BMI = 21.48


Kategori BMI


BMI dibahagikan kepada 5 kategori;


a. dibawah 18.5 adalah dikategorikan sebagai kurang berat atau kurus,
b. 18.5-24.9 adalah berat normal,
c. 25 - 29.9 adalah berat berlebihan,
d. 30 - 39.9 adalah obes,
e. 40 dan ke atas adalah dikategorikan sebagai obesiti teruk.


Skala BMI (Graf)



Adakah BMI Tepat Untuk Mengukur Tahap Kesihatan?


BMI hanyalah sebagai ujian untuk mengetahui sama ada berat badan seseorang ideal atau tidak secara umum sahaja dan bukan berdasarkan kes individu. Nombor BMI adalah kurang tepat kerana BMI tidak dapat membezakan antara berat lemak, otot, isipadu tulang dan juga tidak dapat mengenalpasti pengagihan lemak dalam badan.

Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai banyak otot dan sedikit lemak boleh mempunyai BMI yang sama seperti orang yang mempunyai obesiti yang mempunyai lebih lemak dan kurang otot.

Begitu juga dengan orang yang dipanggil 'skinny fat' iaitu orang yang kurus tetapi mempunyai lemak berlebihan akan mendapatkan BMI badan yang normal menyamai dengan orang yang mempunyai lemak kurang dan berat otot normal.

Oleh kerana ini, BMI boleh jadi mengelirukan untuk sesetengah individu dan tidak boleh menggunakan nombor BMI sebagai kayu pengukur berat badan ideal.






If you wish, you can comment down below or talk to me here!

Home

Read posts in this label - Kesihatan

Enliven my blog with your comments :)