Cara Setkan Jumlah Maksimum Posting Pada Halaman Label Kategori di Blogger

Sunday, January 28, 2024


Hai Sparkles! Apa khabar?

Harini saya belek-belek blog.

Blog ni jauh dari perfect. Banyak lagi yang kena improve.

Masalah yang selalu ada dalam blog, kalau klik label - 'blog' (bahagian atas sebelah kanan), layout posting yang keluar kat desktop saya jadi macam kat bawah ni. Saya perasan ada ruang kosong kat bawah tu. Walaupun masih ada post lain, entah kenapa jumlah posting tu tak penuh.
 



Sedangkan bila klik 
more post, ada 2 lagi posting yang tertinggal kat page sebelah.


Heran kenapa tak alang-alang penuhkan ja terus dalam page pertama kan.

Kalau untuk mobile user, mungkin tak perasan langsung pun masalah ni. Cuma untuk pengguna desktop seperti saya, memang nampak very messy dan ugly.

So saya pun pergilah bertukang kat dalam html. Huhu.


Cara Setkan Jumlah Maximum Posting di Halaman Label (Kategori)

1. Korang kalau nak ikut, make sure backup dulu html tau. Kalau ada salah edit dan tak pandai betulkan, boleh restore semula html dengan backup.

2. Klik Theme di blogger dashboard.

3. Klik anak panah kecil di sebelah customize.
4. Klik edit html.

5. Klik mana2 bahagian code dan tekan ctrl+f

6. Taipkan di bahagian search


expr:href='data:label.url'


7. Akan ada banyak ayat dalam tu yang serupa. Edit semua nya kepada


expr:href='data:label.url + "?max-results=6" '


Max result 6 tu maksudnya 6 postingan sahaja yang terpapar dalam page tu. Boleh tukar nombor ikut kesesuaian masing-masing. Tapi saya sarankan jangan letak nombor tinggi, sebaiknya kurang dari 10. Sebab selalunya, kalau posting terlalu banyak, google rasa berat. Kalau berat, google sendiri akan kurangkan jumlah postingan tu. 

8. Klik save.

Dan akhirnya jumlah halaman label blog ni menjadi semakin kemas dan cantik <3



Sebelah 6, dan sebelah lagi 3. Sebelah 3 ja, sebab belum banyak posting lagi. Nanti kalau tambah baru akan cukuplah 6 dalam 1 halaman.

Yay, happy sangat lepas dapat buat ni.

Lepas ni nak tackle masalah kotak pink tu yang tak seimbang saiznya. Tapi tak tahulah macam mana nak buat. Saya pun tak pandai coding-coding ni. Sebelum ni, semua belajar sikit-sikit ja dari google.

Kalau korang pandai, tolong saya okeh!



Sekian, itu saja buat kali ni. Terima kasih, jumpa lain kali ya. 


Love,
Dila.




Kalau nak, boleh komen di bawah atau di sini.

Enliven my blog with your comments :)